Pertolongan Cemas
➣
Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa di
tempat
kemalangan sebelum mangsa mendapatkan rawatan susulan daripada
doktor.
➣ Bantuan
awal yang diberikan kepada mangsa berupaya menyelamatkan nyawa.
➣
Kecederaan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam
peti
kecemasan dan pesakit akan dirujuk kepada doktor selepas bantuan
mula diberikan.
Kecederaan Ringan
Kecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan
tidak teruk seperti luka kecil, calar, lebam dan terseliuh.
(A) Luka kecil dan calar:
Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores
pada permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir ke
permukaan kulit.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Hentikan
pengaliran darah.
(2) Cuci
luka atau calar-calar dengan air yang bersih.
(3) Gunakan
antiseptic untuk mencegah pembiakan bacteria. Sapukan ubat
dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster
berubat.
dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster
berubat.
(B) Lebam:
Lebam berlaku disebabkan terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi bengkak dan berwarna biru kehitaman. Keadaan ini mengakibatkan saluran darah di bawah kulit tercedera.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Tekapkan
ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
(2) Sentiasa
menukar bahagian cedera pada kain bersih.
(3) Letakkan
tuala suam pada tempat cedera.
(C) Terseliuh:
Kecederaan ini terjadi apabila ligament di sekeliling
sendi terkoyak atau tercedera. Bahagian yang terseliuh menjadi bengkak dan
lebam.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Tanggalkan
kasut.
(2) Tekapkan
ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
(3) Tinggikan
anggota badan yang tercedera.