Ahad, 28 Oktober 2012

Pakaian PJK untuk guru dan murid

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN

Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.

2.  Sehubungan itu, semua guru di sekolah rendah dan sekolah menengah yang melaksanakan mata pelajaran PJK dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut:

2.1  Guru - Memakai T-Shirt berkolar, seluar sukan serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

2.2  Murid - Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan serta memakai kasur sukan dan berstokin putih.

3.  Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran PJK untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaa.

4.  Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Yang Bhg Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.


Sumber: http//www.moe.gov.my

2 ulasan:

  1. kebenaran cikgu-cikgu dan murid-murid untuk memakai pakaian pj pada hari pj amat mendapat sambutan dan sokongan.

    BalasPadam