Selasa, 30 Oktober 2012

Ahad, 28 Oktober 2012

Pakaian PJK untuk guru dan murid

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN

Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.

2.  Sehubungan itu, semua guru di sekolah rendah dan sekolah menengah yang melaksanakan mata pelajaran PJK dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut:

2.1  Guru - Memakai T-Shirt berkolar, seluar sukan serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

2.2  Murid - Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan serta memakai kasur sukan dan berstokin putih.

3.  Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran PJK untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaa.

4.  Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Yang Bhg Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.


Sumber: http//www.moe.gov.my

Menyejukkan badan selepas bersenam

            Ranai di kalangan kita mengabaikan aktiviti menyejukkan badan selepas bermain atau latihan. Kebanyakkan mereka lebih suka untuk terus berehat bagi melepaskan penat.
            Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan otot.
            Apabila kita melakukan aktiviti, darah banyak disalurkan ke bahagian anggota yang melakukan aktiviti aktif. Jika aktiviti dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.
            Tujuan utama kita perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan:
(1)   Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
(2)   Menjajar semula otot-otot.
(3)   Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas aktiviti.
(4)   Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
(5)   Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
(6)   Mententeram atau merelakskan anda.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Memanaskan badan sebelum aktiviti

          Memanaskan badan penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.
          Di bawah ini menunjukkan beberapa kepentingan mamanaskan badan.

Meningkatkan suhu badan
          Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan legamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
          Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Menambahbaiki proses pengecutan otot
          Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
          Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
          Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
          Suhu badan di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini  akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.  

          Di sini saya menyediakan sebuah video yang mana akan menunjukkan demonstrasi untuk melakukan aktiviti memanaskan badan.  
                                         
      Saya harap semua akan mendapat manfaat daripada video ini. Terima kasih.

Sumber:  http://www.youtube.com/

Isnin, 15 Oktober 2012

Faktor-faktor menyebabkan PJK dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak penting



Guru pendidikan jasmani samalah juga seperti guru sains, bahasa melayu dan sebagainya. Guru PJK adalah guru akdemik. Tugasnya juga menjurus kepada akademik P&P dan amali.
Sikap kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari Jabatan Pemakanan Dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu PJK untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.
Di bawah menujukkan beberapa faktor menyebabkan PJK dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak penting.
(1)  Pengabaian subjek Pendidikan Jasmani kerana tidak diuji dalam peperiksaan.
(2)  Kekurangan guru terlatih dalam bidang ini.
(3)  Kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi
(4)  Sikap guru sendiri terhadap pendidikan Jasmani.







Jumaat, 12 Oktober 2012