Di bawah ini menunjukkan beberapa kepentingan mamanaskan badan.
Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan legamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu badan di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
Di sini saya menyediakan sebuah video yang mana akan menunjukkan demonstrasi untuk melakukan aktiviti memanaskan badan.
Saya harap semua akan mendapat manfaat daripada video ini. Terima kasih.
Sumber: http://www.youtube.com/
Aktiviti memanaskan badan mesti dibuat supaya tidak mencederakan otot-otot.
BalasPadamSementara itu, memanaskan badan dengan cara yang betul pun sangat penting.
BalasPadamMemanaskan badan juga boleh menambahkan kecergasan dan tindakbalas yang cepat.
BalasPadamNampaknya design blog ini bertambah baik and friendly to use. Content also enriched with more info compare to the previous version during my last visit to this blog. Well done Cikgu!
BalasPadamTerima kasih, Mr. Kung. Saya akan berusaha lagi.
BalasPadam