Khamis, 15 November 2012

Ujian SEGAK untuk Sekolah Rendah

Pengenalan
            Ujian SEGAK ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Matlamat
         Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum.

Ujian 1: Naik turun bangku

Tujuan: Untuk menilai daya tahan kardiovaskular

Prosedur:
1.   Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2.   Murid berdiri tegak dengan kaki sebelah diletakkan di atas bangku.
3.   Penguji akan memberikan isyarat "mula".
4.   Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik, kaki
      kanan turun dan sebaliknya).
5.   Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman dengan kadar 96 detik
      seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
6.   Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7.   Guru atau murid mengambil kadar denyutan nadi.
8.   Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
9.   Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
10. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid itu
     dibatalkan.

 Murid-murid menjalankan Ujian  Naik
                                                                           Turun Bangku
                                            



6 ulasan:

  1. segak sebenarnya baik untuk murid-murid sekolah.

    BalasPadam
  2. Melalui ujian ini, guru akan tahu tahap kecergasan fizikal murid-muridnya dan seterusnya membantu mereka yang belum mencapai standard kecergasan.

    BalasPadam
  3. Nota cikgu amat memanfaatkan saya.

    BalasPadam
  4. Ujian segak dapat menguji kecergasan fizikal murid-murid.

    BalasPadam
  5. Ujian ini memang baik. Cuma mengambil masa yang panjang untuk jalankan semua aktiviti

    BalasPadam
  6. kita ada kekangan bangku..duit pj x byk... nak buat sendiri pun kos jugak.. nak guna tangga bangunan bahaya.. nasib la cikgu..

    BalasPadam