Rabu, 5 Disember 2012

Pendidikan Kesihatan


Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa di 
     tempat kemalangan sebelum mangsa mendapatkan rawatan susulan daripada 
     doktor.
Bantuan awal yang diberikan kepada mangsa berupaya menyelamatkan nyawa.
Kecederaan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam 
     peti kecemasan dan pesakit akan dirujuk kepada doktor  selepas bantuan  
     mula diberikan.

Kecederaan Ringan
Kecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan tidak teruk seperti luka kecil, calar, lebam dan terseliuh.

(A) Luka kecil dan calar:
Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores pada permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir ke permukaan kulit.

    
Cara-cara memberi bantuan:
      (1)   Hentikan pengaliran darah.
      (2)   Cuci luka atau calar-calar dengan air yang bersih. 
      (3)   Gunakan antiseptic untuk mencegah pembiakan bacteria. Sapukan ubat  
            dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster  
            berubat.
         


(B) Lebam:

Lebam berlaku disebabkan terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi bengkak dan berwarna biru kehitaman. Keadaan ini mengakibatkan saluran darah di bawah kulit tercedera.













Cara-cara memberi bantuan:
      (1)   Tekapkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
      (2)   Sentiasa menukar bahagian cedera pada kain bersih.
      (3)   Letakkan tuala suam pada tempat cedera.
         


(C) Terseliuh:
Kecederaan ini terjadi apabila ligament di sekeliling sendi terkoyak atau tercedera. Bahagian yang terseliuh menjadi bengkak dan lebam.














Cara-cara memberi bantuan:
      (1)   Tanggalkan kasut.
      (2)   Tekapkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
      (3)   Tinggikan anggota badan yang tercedera.